Musim tengkujuh merupakan musim hujan utama negara. Ianya bermula pada bulan Oktober dan berakhir pada bulan Mac setiap tahun. Keadaan hujan yang berterusan memberi banyak impak kepada golongan yang bergantung kepada hasil pertanian, ternakan laut dan sungai. Situasi ini secara tidak langsung menjejaskan sumber pendapatan golongan terbabit kerana banyak bergantung kepada faktor cuaca.
Di kebun Anjel Agro farm, salah satu kesan yang dihadapi adalah banyak kerja yang sepatutnya dilakukan tertangguh disebabkan cuaca yang tidak menentu. Ini adalah seperti Aktiviti aktiviti pembajaan. Keadaan ini menyebabkan banyak pokok cili diserang penyakit dan akhirnya menjejaskan hasil pengeluaran cili.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan tanaman daripada diserang penyakit terutamanya pada musim tengkujuh, penggunaan struktur pelindung hujan adalah amat digalakkan. Anjel Agro Farm belum lagi menggunakan struktur pelindungan hujan atas kekangan modal. Harap-harap satu masa nanti saya akan menggunakan kaedah ini juga.
Dibawah adalah contoh Struktur Pelindungan Hujan (SPH).
Dibawah adalah contoh Struktur Pelindungan Hujan (SPH).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan