Selasa, 7 Julai 2020

Khasiat sayur kacang bendi yang perlu anda tahu!


Saya pasti ramai diantara kita suka memakan sayur kacang bendi. Sayur ini kebiasannya dijadikan ulaman, digoreng atau dimasukkan ke dalam masakan seperti kari. Kacang bendi adalah berwarna hijau, panjang berbentuk tirus dan berlendir di dalamnya. 

Kacang bendi kaya dengan vitamin A, B6, Vitamin C, Asid Folik, kalsium, zink dan asid animo. Khasiat kacang bendi adalah seperti berikut:
  1. Dapat membantu menguatkan otak dan menambahbaik daya ingatan serta kecerdasan.
  2. Sesuai untuk Ibu hamil/ mengandung kerana kaya dengan asid folik   
  3. Membantu melawaskan proses pembuangn toksin badan.
  4. Menghalang sembelit atau kembung perut
  5. Merawat usus yang mudah terluka, menyembuhkan ulser.
  6. Dapat mengurangkan bengkak dan radang pada salur pembuangan.     
  7. Dapat membantu melegakan batuk dan merawat sakit kerongkong dan hidung.
Dengan itu, marilah kita bersama-sama menaman sayur kacang bendi ini kerana ia bukan sahaja mempunyai banyak khasiat, tetapi dapat menjimatkan kos pembelanjaan rumah.

Gambar di bawah adalah sayur kacang bendi yang ditanam di kebun Anjel Farm. Sayur ini ditanam pada awal bulan April 2020 sempena PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan ditanam di polibeg. Terdapat 6 pokok kesemuanya. Tidak lama lagi bolehlah dipetik buahnya. 

Sekian perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat. 


 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan