Sabtu, 24 April 2021

Sistem Sokongan Pokok Cili.

Salam semua.
Beberapa hari ini saya sibuk sedikit dengan kerja kerja membuat sistem sokongan pada semua pokok cili yang ada di AnjelFarmGarden. Meskipun sudah dibuat sistem sokongan menggunakan kayu sebelum ini, dahan pokok cili tetap patah juga apabila ditiup angin kencang.

Selepas mengkaji apa sistem sokongan yang sesuai untuk pokok cili, kali ini saya memilih untuk menggunakan kaedah sistem sokongan tali iaitu tali diikat pada setiap dahan pokok cili yang mempunyai bebanan yang berat. Syukur dalam 2 hari ini juga, dahan pokok cili tidak patah seperti sebelum ini.

Inilah hasil sistem sokongan yang Saya gunakan pada Pokok cili. Walaupun tidak beberapa kemas di pandangan mata, sekurang kurangnya Saya dapat juga belajar teknik penanaman yang baru.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan