Salam sejahtera para pembaca,
Syukur, rezeki hari ini. Fresh Kucai Cina dari AnjelFarmGarden. Terima kasih customer yang sentiasa support kami.
Hari ini ingin saya kongsikan sedikit info dan khasiat berkenaan sayur Kucai. Kebiasannya Sayur Kucai digunakan sebagai pelengkap masakan seperti Kuew Tiow Goreng, Beehon Goreng serta beberapa makanan lain.
Sayur kucai adalah sejenis tanaman yang mudah dijaga. Ia boleh ditanam sama ada diatas batas ataupun di dalam pasu atau polibeg. Penamanan sayur kucai ini tidak memerlukan ruang kawasan yang besar. Ianya cukup memadai ditanam di halaman rumah sahaja.
Kucai sejenis tanaman yang mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga beberapa tahun sekiranya dijaga dengan baik dari segi pembajaan dan kawasan yang terjaga.
Kucai boleh ditanam zama ada secara benih Ubi Kucai atau biji benih. Benih dari Ubi Kucai adalah yang terbaik kerana Kucai mudah dan boleh membiak dengan lebih cepat. Manakala dari biji benih kebiasannya susah untuk tumbuh atau bercambah.
Hasil kucai biasanya dapat diambil selepas 3-4 minggu jika ditanam dari benih ubinya. Cara untuk mengambilnya ialah dengan memotong dengan pisau yang tajam pada paras 2-3cm dari paras tanah. Kucai dapat membiak dengan lebih cepat sekiranya diletakkan di tempat pencahayaan matahari yang banyak.
Sayur kucai ini mengandungi banyak khasiat seperti:
- Mengandungi antiseptik yang mampu membunuh kuman dalam perut dan sistem penghadaman usus.
- Membantu mengelakkan dari hidung tersumbat, melegakan sakit tekak.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan lemak dalam badan.
- Mengandungi banyak vitamin C dan vitamin A, Kalium dan Asid Folik
- Membantu menyembuhkan Luka.
- Meningkatkan kualiti tidur dan meredakan stress.
- Serta mampu meningkatkan kesihatan mata dan penglihatan.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menanam sayur Kucai kerana ianya bukan sahaja mudah ditanam dan dijaga malah dapat memberi kan banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita.
Semoga info ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu kepada semua. Gambar di bawah adalah sayur kucai yang ditanam di AnjelFarmGarden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan