Sabtu, 20 Januari 2018

Membersihkan Tanah untuk Kebun Mini

Hari ini bermulalah aktiviti projek kebun mini Di belakang rumah saya. Maklumlah sudah lama tidak berjinak-jinak dalam dunia perkebunan semenjak lepasan SPM dahulu. Agak-agaknya dalam 16 tahun yang lepas.

Saya masih ingat lagi pada tahun 2003, ketika itu masih Di bangku sekolah, saya selalu membantu ibu bapa saya dalam aktiviti perkebunan. Keluarga kami mengusahakan kebun koko, kebun getah dan juga sawah padi. Melalui pengalaman itulah saya mula memahami bagaimana erti penat dan payahnya dalam dunia perkebunan. Adakalanya saya terfikir juga untuk menjadi petani moden setelah mengetahui terdapat mesin-mesin yang boleh membantu dalam aktiviti perkebunan. Akan tetapi niat itu dilupakan memandangkan saya tidak sanggup berdepan dengan bahang kepanasan. Hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja yang boleh melakukannya. Tambahan pula, ketika itu sistem fetigasi belum diperkenalkan lagi.

Berbalik kepada aktiviti projek kebun mini saya, projek ini adalah untuk saya mempelajari tentang selok belok aktiviti bercucuk tanam. Disamping itu, dapat menjimatkan kos perbelanjaan keluarga.

Pada mulanya aktiviti membersihkan kawasan tanah perlu dijalankan. Dibawah adalah gambar kawasan belakang rumah saya ketika dan selepas dibersihkan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan