Sememangnya kita tahu cili mempunyai bermacam-macam jenis iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan dan manfaat cili pada kesihatan kita.
Berikut adalah kebaikan dan manfaat memakan cili:
1) Menyihatkan Jantung
- Cili dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok.
2) Menjaga Mood (Penyenang Fikiran dan Jiwa)
- Cili dikatakan dapat menenangkan fikiran dan jiwa kerana hormon endorfin yang dikeluarkan oleh otak dapat memberi nikmat, ketagihan dan menaikan selera walaupun ianya pedas.
3) Menghilangkan Gejala Selesema
- Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma.
4) Menurunkan berat badan
- Cili dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan kerana cili dapat meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak. Tidak hairan lah jika kita makan cili pasti badan akan berasa berpeluh-peluh.
5) Menghilangkan rasa sakit
- Sekiranya kita mengalami sakit di tubuh badan, memakan cili dapat membantu menghilangkan rasa sakit kerana ia bertidak membuatkan otak melepaskan hormon endorfin.
6) Bertindak sebagai Antibodi
- Cili mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan kerana cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar tadi akan melawan jangkitan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan