Rabu, 4 Mac 2020

Serangan Penyakit Antraknos pada Cili

Salam.

Hari ini saya berkesempatan untuk meninjau keadaan cili di kebun setelah beberapa hari hujan melanda di Bandar Kuching ini. Apabila diperhatikan, cili padi dan cili kulai berada dalam keadaan sihat. Tetapi apabila sampai di baris Cili Minyak, betapa terkejutnya saya melihat banyak buah cili hijau yang belum lagi masak telah dijangkiti penyakit iaitu Antraknos atau bintik berpusar. (Lihat gambar di bawah). Apabila dituai dan ditimbang lebih kurang 1 Kilo yang terkena penyakit ini. Betapa sedihnya bila melihat banyak cili yang berpenyakit. Bukan itu sahaja, malah membawa kerugian kerana tidak mencapai hasil tuaian yang optimum.

Ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai penyakit ini. Mudah mudahan dapat dijadikan rujukan kepada kita semua.

Penyakit: Antraknos atau bintik berpusar
Bahagian diserang: Buah
Simptom: 

  • Bintik berpusar berwarna hitam pada buah. Biasanya saiz bintk 3-4cm garis pusat pada buah cili. Jika jangkitan pada bahagian daun, simpton ialah bintik-bintik nekrotik.

Cara dan masa jangkitan:
  • Kulat yang menyebabkan penyakit ini boleh menyerang buah pada peringkat masak dan buah hijau. 
  • Penyakit ini selalunya berlaku semasa musim hujan.
  • Kulat ini tersebar melalui bawaan biji benih. Oleh itu, jangan menggunakan biji benih daripada buah yang berpenyakit. Jangkitan juga boleh berlaku di peringkat semaian.

Kaedah pengawalan:
  • Amalkan giliran tanaman.
  • Musnah dan buang buah berpenyakit.
  • Guna biji benih yang bebas penyakit.
  • Sembur dengan racun kulat seperti propineb, mancozeb, chlorothaloni, trifloxystrobin dan tebuconazole.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan