Syukur, awal tahun 2021, terung bulat yang ditanam telah membuahkan hasil. Pokok Terung ini telah berusia 1 bulan.
Saya menggunakan biji benih dari kebun Saya sendiri. Benih adalah berkualiti kerana biji benih yang diambil adalah hasil dari tuaian pertama. Sememangnya tidak rugi jika kita bercucuk tanam sendiri lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang mana kita perlu bijak dalam merancang kewangan serta berjimat cermat.
Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama bercucuk tanam dan merasai hasilnya.